Monday, May 10, 2010

Jangan Putus Asa Kepada Allah

Sifat Putus Asa merupakan sifat syaiton yang menyesatkan sesiapa sahaja . Hindarilah diri kita daripada terpengaruh dan terjebak dengan anasir Putus Asa ini . Hal ini dikhuatiri kita akan terjebak ke dalam lembah kekufuran dan kesesatan sama ada nyata mahupun tidak nyata ( tersembunyi ) . Sifat putus asa juga akan menyemai benih-benih kesyirikan ke dalam hati kecil kita jika kita membiarkan sifat ini bermaharaja lela di dalam jiwa gersang kita. Na'uzubillahi min zalik .

Teguhkan iman dan aqidah kita kepada Allah dan jangan berputus asa dengan-Nya kerana Limpah Rahim-Nya yang Maha Agung itu melampaui segala kesusahan kita . Insya-Allah kita akan ditolong-Nya jika kita menolong agama-Nya . Amin .
Bekam mempunyai beberapa jenis atau teknik :-

(a) Bekam Kering
(b) Bekam Basah
(c) Bekam Tarik
(d) Bekam Luncur
Jadi kebanyakan daripada kita tidak mengetahui bahawa bekam itu sendiri mempunyai pelbagai cara atau kaedah yang tersendiri . Ramai daripada kalangan kita orang awam apabila disebutkan orang kepada kita tentang berbekam terbayang di mata kita amalan berbekam itu hanya melibatkan gambaran yang mengerikan kita seperti darah yang banyak memenuhi mangkuk cawan bekam , kesakitan yang amat sangat dan sebagainya . Ini semua gambaran yang salah dan tidak benar . Ada yang takutkan darah , tak tahan bau darah , takut apabila melihat pelbagai rupa keadaan orang yang berbekam , berbekam itu menyakitkan diri dan sebagainya . Ini semua anggapan negatif terhadap bekam sunnah .

Sunday, May 9, 2010

Sunnah Nabi dan Ganjarannya

Umumnya diketahui sunnah nabi apabila melakukannya menjadi ibadah umumi atau khususi dan mendatangkan keredoan Allah . Setiap amalan yang dianjurkan Islam adalah juga merupakan sunnah nabi ; namun si pelakuknya perlulah berniat sebagai sunnah nabi.

Apabila selalu diamalkan dan diniatkan sedemian , insyaallah akan menyemai perasaan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya yang tidak berbelah bahagi . Ini yang penting sekali .Perasaan Cinta Allah dan Rasul ini akan meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah .

Antara Amalan Sunnah Nabi :

Fardu :

a) Sembahyang 5 waktu
b) Berpuasa di bulan Ramadan
c) Zakat bagi yang layak
d) Haji Wajib

Sunat:

a)Berwuduk dan mengekalinya
b)solat sunat
c)BERBEKAM SUNNAH
d)sedekah

Dengan syarat ia perlu diniatkan sebagai sunnah nabi .
Bagi yang berminat untuk dapatkan rawatan saya bolehlah hubungi saya atau sms kepada saya di Bukit Mertajam ( 0124336419 ) bagi :

Rawatan Bekam Sunnah
Rawatan Air Tawar / Penawar
Rawatan Pagar Rumah
Rawatan Gangguan Makhluk Halus
Rawatan Kaunseling Islam
Rawatan Pelbagai Penyakit Zohir dan Batin

Saturday, July 11, 2009

Khasiat Tambahan Al-hijamah ( Act of Bleeding in Medical Term)

Khasiat Berbekam (Hijamah)/ Usefulness of Al-Hijamah (advance)
Sebahagian kecil yang boleh disebutkan di sini adalah :
1. Sakit kepala secara umum.
2. Migrain atau sakit kepala yang kekal.
3. Kepeningan yang bersifat sementara .
4. Hemiplegia (lumpuh separuh badan).
5. Perdarahan pada bahagian otak/ bleeding in brain.
6. Rheumatik
7. Varises.
8. Pelbagai penyakit di bahagian muka, seperti mata , telinga, sakit gigi, dan hidung.
9. Low Back Pain.
10. Gout (beguk)
11. Sesak nafas
12. Haid tidak teratur.
13. Elephantiasis (kaki gajah)
14. Hemorhoid (wasir).
15. Mata bengkak (exophtalmus, proptosis)
16. Liver maupun limpa.
17. Furunkel/bisul
18. Konstipasi/sembelit.
19. Enuresis.
Dan banyak lagi penyakit-penyakit lain yang tidak diketahui kecuali oleh Allah Taala semata-mata , dan Dialah juga yang Maha Penyembuh.

Insya-Allah boleh dirawat dengan Al-Hijamah ( All the above can be irridated by Al-Hijamah[ Alternative Medical Term ])

Thursday, July 9, 2009

Kelebihan Berbekam/Usefulness of Bleeding

(a) Melancarkan perjalanan darah/improve blood movement
(b) Membersihkan darah daripada toksik/clean blood from toxin
(c) Mendapat pahala/Get reward from God
(d) Merupakan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W./As a Sunnah
(e) Melemahkan kekuatan racun/weakening food poisoning
(f) Melemahkan kekuatan sihir/weakening act of carm ( magic)

Monday, July 6, 2009

Hukum Melakukan Bekam Sunnah

Bekam Sunnah merupakan amalan perbuatan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Hukum berbekam adalah sunnah dan diberi pahala kebajikan oleh Allah Subhanahuwataala di akhirat kelak . Setiap amalan sunnah nabi mempunyai berkahnya begitu jugalah  amalan berbekam sunnah ini mempunyai keberkahannya di sisi Allah Azzawajal .