Monday, May 10, 2010

Jangan Putus Asa Kepada Allah

Sifat Putus Asa merupakan sifat syaiton yang menyesatkan sesiapa sahaja . Hindarilah diri kita daripada terpengaruh dan terjebak dengan anasir Putus Asa ini . Hal ini dikhuatiri kita akan terjebak ke dalam lembah kekufuran dan kesesatan sama ada nyata mahupun tidak nyata ( tersembunyi ) . Sifat putus asa juga akan menyemai benih-benih kesyirikan ke dalam hati kecil kita jika kita membiarkan sifat ini bermaharaja lela di dalam jiwa gersang kita. Na'uzubillahi min zalik .

Teguhkan iman dan aqidah kita kepada Allah dan jangan berputus asa dengan-Nya kerana Limpah Rahim-Nya yang Maha Agung itu melampaui segala kesusahan kita . Insya-Allah kita akan ditolong-Nya jika kita menolong agama-Nya . Amin .
Bekam mempunyai beberapa jenis atau teknik :-

(a) Bekam Kering
(b) Bekam Basah
(c) Bekam Tarik
(d) Bekam Luncur
Jadi kebanyakan daripada kita tidak mengetahui bahawa bekam itu sendiri mempunyai pelbagai cara atau kaedah yang tersendiri . Ramai daripada kalangan kita orang awam apabila disebutkan orang kepada kita tentang berbekam terbayang di mata kita amalan berbekam itu hanya melibatkan gambaran yang mengerikan kita seperti darah yang banyak memenuhi mangkuk cawan bekam , kesakitan yang amat sangat dan sebagainya . Ini semua gambaran yang salah dan tidak benar . Ada yang takutkan darah , tak tahan bau darah , takut apabila melihat pelbagai rupa keadaan orang yang berbekam , berbekam itu menyakitkan diri dan sebagainya . Ini semua anggapan negatif terhadap bekam sunnah .

Sunday, May 9, 2010

Sunnah Nabi dan Ganjarannya

Umumnya diketahui sunnah nabi apabila melakukannya menjadi ibadah umumi atau khususi dan mendatangkan keredoan Allah . Setiap amalan yang dianjurkan Islam adalah juga merupakan sunnah nabi ; namun si pelakuknya perlulah berniat sebagai sunnah nabi.

Apabila selalu diamalkan dan diniatkan sedemian , insyaallah akan menyemai perasaan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya yang tidak berbelah bahagi . Ini yang penting sekali .Perasaan Cinta Allah dan Rasul ini akan meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah .

Antara Amalan Sunnah Nabi :

Fardu :

a) Sembahyang 5 waktu
b) Berpuasa di bulan Ramadan
c) Zakat bagi yang layak
d) Haji Wajib

Sunat:

a)Berwuduk dan mengekalinya
b)solat sunat
c)BERBEKAM SUNNAH
d)sedekah

Dengan syarat ia perlu diniatkan sebagai sunnah nabi .
Bagi yang berminat untuk dapatkan rawatan saya bolehlah hubungi saya atau sms kepada saya di Bukit Mertajam ( 0124336419 ) bagi :

Rawatan Bekam Sunnah
Rawatan Air Tawar / Penawar
Rawatan Pagar Rumah
Rawatan Gangguan Makhluk Halus
Rawatan Kaunseling Islam
Rawatan Pelbagai Penyakit Zohir dan Batin