Monday, May 10, 2010

Bekam mempunyai beberapa jenis atau teknik :-

(a) Bekam Kering
(b) Bekam Basah
(c) Bekam Tarik
(d) Bekam Luncur
Jadi kebanyakan daripada kita tidak mengetahui bahawa bekam itu sendiri mempunyai pelbagai cara atau kaedah yang tersendiri . Ramai daripada kalangan kita orang awam apabila disebutkan orang kepada kita tentang berbekam terbayang di mata kita amalan berbekam itu hanya melibatkan gambaran yang mengerikan kita seperti darah yang banyak memenuhi mangkuk cawan bekam , kesakitan yang amat sangat dan sebagainya . Ini semua gambaran yang salah dan tidak benar . Ada yang takutkan darah , tak tahan bau darah , takut apabila melihat pelbagai rupa keadaan orang yang berbekam , berbekam itu menyakitkan diri dan sebagainya . Ini semua anggapan negatif terhadap bekam sunnah .

0 comments:

Post a Comment